Make your own free website on Tripod.com


SENI SILAT KUNTAU BANJAR
Sepatah Kata
Sejarah
Pengasas
Salasilah

Peringkat alipinggang
Makna Talipinggang
Senjata

Galeri Photo
Muka Depan




SALASILAH

Pada awal tahun 1963 bertempat di Kampong Changkat Rambai, Kampong Gajah, Perak merupakan tempat gelanggang generasi ke 4 Seni Silat Kuntau Banjar. Di anggotai seramai 25 orang pelatih dari kalangan keturunan Banjar dan termasuk seorang pelatih yang berketurunan Jawa menyertai bernama Kang Baya iaitu nama panggilan beliau pada ketika itu. Pelatih yang paling muda ketika itu adalah seorang kanak-kanak yang berusia sembilan tahun iaitu Mohamad.Samsi Bin Amri yang juga di kenali dengan panggilan Amat oleh para pelatih yang kebanyakannya sudah mencapai usia ke 20an. Guru silat utama di gelanggang tersebut ialah Haji Ramli Bin Adol dan beliau telah dibantu oleh Emoh Bin Hamid yang merupakan biras kepada beliau dan datuk sebelah ibu kepada pelatih kecil yang bernama Amat. Di bawah dua buah sinaran lampu gasoline maka bergelanggang lah para pelatih hampir setiap malam mempelajari Seni Silat Kuntau Banjar kecuali hari khamis malam jumaat.

Walaupun usia masih hingusan namun Amat ada lah seorang pelatih yang mudah menerima segala tunjuk ajar dalam ilmu persilatan, hinggakan guru silat Haji Ramli yang memang terkenal garang bak harimau berantai ketika mengajar di dalam gelanggang mampu tersenyum lalu beliau menggelarkan si Amat sebagai si Pandikar Cilik Kampong Changkat Rambai.

Guru silat Adol yang berhijrah dari Banjarmasin, Kalimantan Selatan, Indonesia ke Malaya pada awal tahun 1900 ketika itu dan menetap di Kampong Changkat Bayas bersebelahan dengan Kampong Changkat Rambai, Kampong Gajah, Perak. Beliau merupakan bapa kepada guru silat Haji Ramli dan beliau lah orang yang membawa warisan Seni Silat Kuntau Banjar ini dari benua Kalimantan ke Tanah Melayu pada ketika itu. Menurut riwayat yang pernah diceritakan oleh Emoh Bin Hamid kepada cucunya Mohamad.Samsi Bin Amri, guru silat Adol berpawatakan tinggi lampai sederhana tegap, berkulit putih, bermisai tebal, gemar memakai songkok jenis tarbus berwarna merah, tutur kata lemah lembut, penyabar, sering tersenyum ketika mengajar silat, kalau dibandingkan dengan anak beliau iaitu guru silat Haji Ramli yang bersikap panas baran, ibarat langit dengan bumi.

Pada peringkat awalnya Seni Silat Kuntau Banjar hanya diajar kepada saudara mara yang terdekat sahaja untuk pertahanan diri dan akhirnya mendapat sambutan dan berkembang di kalangan masyarakat Banjar di kedua buah kampung tersebut. Selain guru silat Haji Ramli Bin Adol, Seni Silat Kuntau Banjar juga telah melahirkan beberapa orang guru silat pewaris iaitu Emoh Bin Hamid, Haji Asa'ari, Haji Ahmad Ringkai, Kang Baya dan pewaris terakhir ialah Mohamad Samsi Bin Amri.