Make your own free website on Tripod.com


SENI SILAT KUNTAU BANJAR
Sepatah Kata
Sejarah
Pengasas
Salasilah

Peringkat Talipinggang
Makna Talipinggang
Senjata

Galeri Photo
Muka Depan




SEJARAH RINGKAS SILAT KUNTAU BANJAR

Masyarakat Banjar adalah sebahagian dari rumpun Melayu di nusantara kepulauan Melayu. Kepulauan Borneo yang berpusat di Kalimantan adalah asal pertumbuhan masyarakat Banjar yang mampunyai tradisi kemalayuan berlandaskan prinsup Islam. Kedatangan masyarakat Banjar kepulauan Melayu telah mambawa bersama adat serta cata hidup yang diamalkan di Kalimantan.  Adat tersebut dapat dilihat dari segi loghat percakapan mereka, pergaulan dan lain-lain lagi. Seperti masyarakat Melayu yang lain, orang Banjar juga mempunyai seni silat mempertahankan diri yang di warisi turun temurun yang di namakan pencak Seni Silat Kuntau Banjar. Seni silat ini mempunyai cerita yang tersendiri bagaimana itu dapat diwujudkan. Pada zaman kemashyuran nusantara Melayu, keturunan Cina yang berasal dari Kuantong (salah satu daerah yang terdapat di negeri China) telah datang ke Kalimantan yang pada masa itu dipanggil “Kali Intan” yang digambarkan sebagai sebuah tempat yang mempunyai banyak batu intan. Oleh itu kedatangan orang-orang China tersebut adalah untuk mencari intan dianggap amat berharga.

Kedatangan orang-orang Belanda yang pada mulanya hanya ingin berniaga dan akhirnya cuba menakluki kepulauan Melayu telah berjaya menggabungkan keturunan Cina dan masyarakat Banjar untuk bekerjasama dan bersatu menentang Belanda dan maka dengan itu wujudlah seni bela diri yang dinamakan Kuntau yaitu gabungan dari perkataan KUN yang bermaksud “jadi” dan TAU yang membawa erti “isyarat”. Apa yang unik tentang seni bela diri ini adalah gabungan langkah dari cara orang-orang Cina dan masyarakat Banjar. Maka ia menjadi satu seni mempertahankan diri yang unik dan berteraskan pertarungan. Ini dapat dilihat dari segi prinsipnya yang mementingkan pertahanan diri serta “buah hantaran tepat”, sehinggakan dapat diceritakan pada masa itu orang-orang Belanda hampir-hampir putus asa dalam penjajahan mereka yang mengambil masa selama tiga puluh tahun untuk menakluki Kalimantan.

Bermula dari peperangan menentang penjajah Belanda, seni bela diri ini telah bekembang menjadi warisan tradisi yang dibanggakan oleh masyarakat Banjar. Seni bela diri ini juga telah berkembang mengikut arus perubahan zaman dan telah di sesuaikan oleh para guru agar langkah seninya bersesuaian dengan seni bela diri masyarakat Jawa yang dipaggil “Cimande”. Ini kerana masyarakat Banjar dan masyarakat Jawa mempunyai hubungan yang baik. Para guru juga telah memperkemaskan lagi langkah-langkah permainan yang bermula dari satu hingga dua belas. Seperti mana yang diharapkan, seni mempertahankan diri ini dapat berkembang dan diwarisi oleh generasi akan datang yang bukan sahaja dari kalangan masyarakat Banjar sahaja bahkan untuk semua masyarakat Melayu.

Setiap seni mempertahankan diri yang ada sekarang mempunyai asal nya yang tersendiri. Seperti Silambam yang berasal dari tanah India dan Tai-chi serta Wushu dibawa dari negeri China. Begitu juga dengan seni Kuntau iaitu salah satu cabang seni mempertahankan diri yang telah dibawa dari tanah Banjarmasin (Kalimantan) oleh orang berketurunan Banjar lalu dinamakan senagai Seni Silat Kuntau Banjar.Walaupun dari asal keturunan yang berbeza tetapi oleh kerana ianya adalah dari salah satu rumpun Melayu dan Islam sebagai agama pegangan, maka di situlah timbulnya semangat persaudaraan. Tak perlu berbangga dengan seni bangsa-bangsa lain kerana kita, orang-orang Melayu yang berasal dari pelbagai keturunan kaya dengan seninya yang tersendiri dan seharusnya kita berbangga dengan seni sendiri yang mana telah menjadi warisan sejak dahulu kala. Oleh yang demikian, pertahankan seni ini kerana ianya adalah seni silat WARISAN TRADISI.