SENI SILAT KUNTAU BANJAR
Sepatah Kata
Sejarah
Pengasas
Salasilah

Peringkat Talipinggang
Makna Talipinggang
Senjata

Galeri Photo
Muka Depan




SENJATA YANG BIASA DIGUNAKAN DALAM PERMAINAN DAN PEMBELAJARAN

1. Parang

Parang berukuran 26 inci panjang yang mana ukuran terebut ada lah menyerupai /mirip senjata masyarakat keturunan Banjar di Kalimatan Selatan, Banjarmasin, lebih di kenali dengan nama Parang Bungkol. Walau bagaiman pun hanya pelatih yang layak serta sudah mahir menguasai segala kaedah gerak, langkah, elakan, serangan balas, dalam Seni Silat Kuntau Banjar sahaja di benarkan dalam permainan seni senjata tersebut.

Contoh Parang Bungkol




2.Tongkat.

Di perbuat dari rotan manau ukuran lilitan 1, panjang 54 inci. Permainan ini di kenali sebagai seni tongkat.

3.Pisau .

Tiada ukuran di tetapkan.

Seni silat bukan sahaja semata-mata memerlukan ketahanan fizikal, malah pengawalan mental serta semangat perjuangan yang tinggi.

Ahli silat tidak akan dapat marasai ketulenan sesuatu ilmu itu kalau hanya sekadar mengetahui cara mempertahankan diri sahaja. Oleh kerana itu lah mereka perlu berguru. Walau bagaimanpun latihan gigih perlu di lakukan supaya golongan remaja sekurang-kurangnya mampu untuk mempertahankan diri, belajar hingga jadi Guru. Guru kepada diri sendiri. Insya-Allah.

Terima Kasih.