SENI SILAT
KUNTAU BANJAR |
|
Sepatah
Kata Sejarah Pengasas Salasilah Peringkat
Talipinggang |
SEPATAH
KATA Walau di mana kita berhijrah,
menetap dan
mancari rezeki
atau ke mana juga kita pergi sekaipun, kita hendaklah mengikut adat
resam dan
budaya kehidupan masyarakat setempat yang tidak bertentangan dengan
amalan dan
ajaran agama Islam. Janganlah kita berlagak sombong dan bangga
diri walaupun
ilmu tidak setinggi mana dan pengalaman serta pengetahuan tidak
seberapa. Kita
seharusnya mempunyai perasaan menghormati mereka yang lebih tua yang
lebih
banyak pengalaman mahu pun yang lebih muda dari kita dan kita patut
merendah
diri walaupun ilmu di dada penuh berisi setinggi gunung dan pengalaman
serta
pengetahuan seluas lautan samudra. Pepatah Melayu ada berbunyi “IBARAT
BUNGA
PADI, LAGI BERISI LAGI TUNDUK IA” dan “ULAR YANG MENYUSUR AKAR TIDAK
AKAN
HILANG BISANYA”.
Mohammad Samsi Bin Amri Jalan Cangkat, Simpang Tiga Gombak Selangor Tel:0192855584 (untuk sebarang pertanyaan/pertunjukan) |