SENI SILAT
KUNTAU BANJAR |
|
Sepatah
Kata Sejarah Pengasas Salasilah Peringkat
Talipinggang |
SENJATA YANG
BIASA DIGUNAKAN DALAM PERMAINAN DAN PEMBELAJARAN 1. Parang Parang berukuran 26 inci
panjang yang mana ukuran terebut ada lah
menyerupai /mirip senjata masyarakat keturunan Banjar di Kalimatan
Selatan, Banjarmasin, lebih di kenali dengan nama Parang
Bungkol. Walau bagaiman pun hanya pelatih yang layak serta sudah mahir
menguasai segala kaedah gerak, langkah, elakan, serangan balas, dalam
Seni
Silat Kuntau Banjar sahaja di benarkan dalam permainan seni senjata
tersebut.
Contoh Parang Bungkol 2.Tongkat.
Di perbuat dari rotan manau ukuran lilitan 1, panjang 54 inci. Permainan ini di kenali sebagai seni tongkat. 3.Pisau . Tiada ukuran di tetapkan. Seni silat bukan sahaja semata-mata memerlukan ketahanan fizikal, malah pengawalan mental serta semangat perjuangan yang tinggi. Ahli silat tidak akan dapat marasai ketulenan sesuatu ilmu itu kalau hanya sekadar mengetahui cara mempertahankan diri sahaja. Oleh kerana itu lah mereka perlu berguru. Walau bagaimanpun latihan gigih perlu di lakukan supaya golongan remaja sekurang-kurangnya mampu untuk mempertahankan diri, belajar hingga jadi Guru. Guru kepada diri sendiri. Insya-Allah. Terima Kasih. |