Make your own free website on Tripod.com
PENGASAS SENI SILAT KUNTAU BANJAR W/P


Pada awal tahun 1990, bermula dengan sebuah gelanggang kecil berhampiran rumah Encik Mohamad Samsi .Amri (Guru Utama) di Lot 372-2, Jalan Changkat.Batu 6 3/4, Simpang Tiga, Gombak, 53100 Kuala Lumpur bertujuan untuk memberi pelajaran pertahanan diri kepada rakan-rakan dan saudara terdekat selain untuk mempertajamkan dan mengasah kembali langkah-langkah jurus, buah permainan. Segala langkah permainan ada lah diajar cara dahulu kala iaitu cara kampungan tanpa mengubah suai langkah permainan tersebut bagi mengekalkan keaslian seni berkenaan.

Pada mulanya boleh di katakan hampir setiap malam Encik Mohamad Samsi telah mengadakan kelas sama ada melatih maupun berlatih sama. Satelah beberapa lama, barulah kelas latihan di adakan secara selang seli dan akhirnya di adakan pada malam sabtu dan malam minggu sahaja yang mana waktu latihan di tamatkan tertakluk kepada keseronokan dan keinginan belajar. Sekali sekala sesi latihan telah disertai dengan paluan gendang dan gong oleh beliau bagi menghidupkan suasana selain memberi rangsangan kepada pelatih.

Pada pertengahan tahun 1995 pihak Persatuan Penggerak Rakan Tunas Jaya (PPRTJ) atau lebih di kenali sebagai Rakan Muda (WP) telah mengadakan perbincangan dengan Encik Mohamad Samsi bagi membuka sebuah gelanggang silat di Kg.Puah Seberang, Sentul bertujuan mengajar anak-anak, pemuda pemudi di kawasan berkenaan.Mulai dari situ, Silat Kuntau Banjar telah bergerak di bawah naungan Rakan Muda/Rakan Waja Diri selama hampir dua tahun dengan mengadakan kelas setiap malam Sabtu dan malam Ahad bermula dari jam 8.30 malam hingga jam 11 malam.

Hampir kesemua tenaga pengajar (ahli-ahli lama peringkat kedua) telah di kerah ke Kg.Puah Seberang bagi membantu mengajar ahli-ahli baru berkenaan di samping mengulangkaji langkah-langkah yang telah dipelajari sebelumnya. Sekali sekala Encik Mohamad Samsi turut datang ke gelanggang bagi memantau perkembangan semasa pelatih-pelatih baru tersebut. Di gelanggang ini lah pelajaran telah dibuat sedikit pembaharuan tanpa mengubah seni asal bagi menarik minat anak-anak muda menyertai kelas latihan. Namun begitu segala perubahan dan pembaharuan dalam pelajaran telah mendapat persetujuan serta tunjuk ajar dari Guru Utama sendiri.

Timbul pula satu masalah apabila hampir ke semua ahli-ahli lama pergi ke Kg.Puah Seberang, gelanggang lama kelihatan telah mati fungsinya yang mana sebelum ini gelanggang lama di sebelah rumah Encik Mohamad Samsi itu lah asal lahirnya Seni Silat Kuntau Banjar .

Selepas perbincangan dengan beberapa ahli lama, Guru Utama bersetuju agar gelanggang lama di hidupakan kembali tetapi gelanggang baru di Kg.Puah Seberang terpaksa ditutup memandangan PPRTJ tidak memberi apa-apa sumbangan bagi memperkembangkan seni silat tersebut dan membantu agar SSKB dapat di daftarkan di Persatuan Silat Kebangsaan (PESAKA) Sebab-sebab lain penutupan gelanggang Kg.Puah Seberang ada lah kerana kebanyakan tenaga pengjar telah mempunyai tanggung jawab sama ada telah bekerja atau berumah tangga selain dari itu SSKB tidak dapat mengikuti semua acara-acara yang pihak PPRTJ laksanakan. SSKB jua dapat merasakan bahawa telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu demi kepentingan mereka sendiri. Namun begitu sekiranya ada ahli-ahli yang ingin manyambung pelajaran, mereka di alu-alukan datang ka gelanggang asal untuk berlatih bersama-sama. Alhamdulillah pada awal 1997 gelanggang lama di Gombak telah dihidupkan kembali tanpa ada sebarang pendaftaran.

Pada 18 Julai 1998 Encik Mohamad Samsi Amri (Guru Utama) telah membuat perbicangan serta permohonan kepada Yang Di Pertua Pertubuhan Banjar Malaysia Tuan Hj Ir Sabran Alas agar SSKB bernaung di bawah Kesenian/Kebudayaan PBM. Malangnya SSKB hanya mendapat surat sokongan memperkembangkan warisan tradisi tanpa ada apa-apa kaitan dengan PBM.

Guru Utama bersama ahli-ahli lama SSKB telah berusaha sedaya upaya, atas bantuan Guru Utama Seni Silat Setia Bakti Encik Dahlan Karim. Pada 26 Mei 2000 Seni Silat Kuntau Banjar telah diluluskan pendaftaran oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia W/P. No.Pendaftaran 529.


Alhamdulillah.

Terima Kasih.